Papan dapur masa nyata
Baru → Dimasak → Siap. Bunyi bila pesanan masuk, tanda merah bila tunggu terlalu lama.
Letak QR di setiap meja. Pelanggan imbas, pilih makanan, hantar pesanan — tanpa muat turun app, tanpa tunggu pelayan. Anda dapat papan dapur dan laporan jualan dalam satu sistem.
Sudah berdaftar? Log masuk →
Cara ia berfungsi
Setiap meja ada QR sendiri. Nombor meja terus dikenal pasti — atau pelanggan pilih sendiri, cth A1.
Menu bergambar, carian, nota "kurang pedas". Masuk sebagai tetamu atau log masuk untuk simpan sejarah.
Pesanan muncul di papan dapur dengan bunyi. Pelanggan nampak status — dimasak, siap. Bayar di kaunter.
Ciri
Baru → Dimasak → Siap. Bunyi bila pesanan masuk, tanda merah bila tunggu terlalu lama.
Pelanggan pilih Bahasa Melayu, English atau 中文. Nama menu boleh diisi dalam ketiga-tiga bahasa.
Cetak QR untuk A1, A2, B1… terus dari sistem. Tambah atau buang meja sendiri.
Tukar harga, tambah item, muat naik gambar, tanda "Habis" dengan satu klik.
Jumlah jualan, bilangan pesanan dan item paling laris setiap hari.
Bil dikumpul ikut meja. Tanda dibayar — tunai, kad atau DuitNow QR — dan cetak resit.
Harga
Kami setup, kami jaga sistem dan server. Anda fokus memasak.
Yuran ikut tempoh — bulanan atau tahunan. Bila tempoh tamat, menu digital ditutup sehingga diperbaharui; data anda kekal.
Soalan lazim
Jawapan ringkas untuk perkara yang tuan kedai selalu tanya.
MenuQR ialah sistem menu digital dan pesanan dari meja untuk kedai makan di Malaysia. Pelanggan imbas kod QR di meja, pilih makanan di telefon dan hantar pesanan terus ke dapur, tanpa muat turun app.
Tidak. QR membuka menu terus dalam pelayar telefon.
Yuran penyelenggaraan tetap ikut tempoh, bulanan atau tahunan. Tiada caj setiap pesanan dan tiada perkakasan khas perlu dibeli. Hubungi kami di WhatsApp untuk harga semasa.
Warung, kedai mamak, kopitiam, kafe, restoran dan gerai yang ada meja — terutama kedai kecil yang mahu pesanan lebih teratur tanpa sistem POS yang mahal.
Tidak. Papan dapur dibuka di mana-mana telefon, tablet atau komputer yang ada pelayar.
Boleh. Harga, gambar, item baharu dan status "habis" — semuanya dari halaman admin kedai anda.
Boleh. Setiap item ada ruang nama dan keterangan dalam English dan 中文. Pelanggan tukar bahasa dengan satu tekan.
Daftar kedai di menuqr.my/daftar dengan akaun Google. Anda boleh terus sediakan menu dan meja; menu dibuka kepada pelanggan selepas akaun diaktifkan.
Buat masa ini pelanggan bayar di kaunter. Bayaran online sedang disediakan.
Menu digital ditutup dan pelanggan diminta pesan di kaunter. Menu dan data jualan anda kekal — buka semula sebaik diperbaharui.
Daftar dengan akaun Google dan sediakan menu anda hari ini.